Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Clash of Fun & Feast

Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Rekreasi Staf KML baru-baru ini telah menganjurkan sebuah program team building yang diberi nama Clash of Fun & Feast. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pensyarah dan kakitangan KML serta menyemarakkan lagi semangat kerjasama.

Program ini telah dijalankan di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan. Semua pensyarah & kakitangan KML telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang dinamakan sempena makanan tradisional masyarakat Borneo, iaitu kumpulan Ambuyat, Burasak, Umai, Tuhau, Latok, Tarap, Dabai, dan Bosou.

Setiap kumpulan telah mengikuti stesen-stesen yang telah disediakan dengan permainan yang berlainan, termasuklah permainan seperti Funzy, Masterchef, Small Stage dan Bina Kotak. Melalui permainan yang serba mencabar dan mengujakan ini, para peserta tidak hanya berpeluang untuk menunjukkan kebolehan mereka tetapi juga untuk bersatu sebagai satu pasukan.

Program diakhiri dengan ucapan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, En. Mahyuddin bin Mohd Noordin serta penyampaian hadiah dimana Kumpulan Burasak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, En. Hasnul Hadi bin Hj. Sariman, memenangi juara keseluruhan. Dalam ucapan penutupan, tuan pengarah menyatakan bahawa program ini merupakan inisiatif yang bagus serta telah berjalan dengan jayanya. Beliau berharap agar semangat kerjasama yang dihasilkan daripada program ini dapat membawa impak yang positif kepada semua pensyarah dan kakitangan Kolej Matrikulasi Labuan.

Program ini juga telah mencapai matlamatnya dan diharapkan akan menjadi asas dalam memperkukuhkan lagi hubungan di antara warga KML. Dengan semangat kekeluargaan yang terjalin melalui program ini, diharapkan prestasi dan kecemerlangan KML akan terus meningkat di masa akan datang.

** Klik pautan ini untuk koleksi gambarĀ