Klik Untuk Maklumat Lanjut

Perutusan Pengarah

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Labuan . Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web kerana sentiasa berusaha untuk menambah baik web rasmi ini. Adalah diharapkan laman web ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian maklumat kolej yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin.

Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubalan undang-undang komunikasi/multimedia/siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan  menggalakkan penggunaan teknologi baru yang sesuai. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara atas talian telah mengubah gaya hidup generasi baru serta cara kerja agensi-agensi kerajaan.

Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan, kebolehpercayaan masyarakat dan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindak ikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.

Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Labuan yang dibangunkan ini dapat dikawal dan diselaraskan supaya integriti dan kecekapan dalam  pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui laman web ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak laman web ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga kolej dan orang awam.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Labuan ini. Sebarang cadangan dan komen untuk menambahbaik kandungan laman web ini dari semasa ke semasa amat dialu-alukan.

 

Encik Mohd Mahyuddin bin Mohd Noordin
Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan