Klik Untuk Maklumat Lanjut

Hal Ehwal Pelajar

KATA ALUAN
INFO UNIT

Unit HEP adalah merupakan salah satu unit sokongan kepada perkembangan akademik dan sahsiah pelajar. Ia adalah penting dalam memastikan para pelajar disokong dari segi emosi, intelek, jasmani dan rohaninya sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
 
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.