Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

“BERSIHKAN LEMARI, SUCIKAN HATI” 2023

Program "Bersihkan Lemari, Sucikan Hati" bertujuan untuk mengumpulkan pakaian  terpakai yang sesuai serta dalam keadaan baik untuk diberikan secara percuma kepada pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang memerlukan. Program ini mengunakan prinsip sedekah dan atas kesedaran sosial untuk membantu pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang kurang berkemampuan atau yang memerlukan dan sekaligus jalan ke arah keberkahan dalam hidup.

OBJEKTIF

  1. Mengumpul pakaian terpakai yang bersih, masih elok dan sesuai untuk dipakai oleh pelajar hasil sumbangan pensyarah, staf sokongan dan individu luar kolej.
  2. Mengagih pakaian yang dikumpul secara percuma kepada pelajar kolej yang memerlukan.
  3. Memupuk sikap prihatin di kalangan pensyarah dan staf sokongan terhadap kebajikan pelajar.
  4. Menanam sifat mulia iaitu amalan bersedekah, berkongsi rezeki dan elakkan pembaziran di kalangan warga kolej.
  5. Memupuk sikap menghargai serta bersyukur di kalangan pelajar terhadap apa juga bentuk sumbangan yang diperolehi.

Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 21 Oktober 2023 di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan. Sambutan yang amat baik diberikan oleh semua warga Kolej Matrikulasi Labuan. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua warga KML, khususnya pelajar.