Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Chemystery Fayre

JK Program Kecemerlangan Akademik Unit Kimia Kolej Matrikulasi Labuan telah menganjurkan program ā€˜Chemystery Fayreā€™ yang berlangsung pada 11 sehingga 26 Ogos yang lalu. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar pembelajaran sains di luar kelas serta meningkatkan pembabitan pelajar dalam bidang inkuiri dan penyelesaian masalah.

Pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menarik telah disediakan seperti ALCHEMY STEAM, Do You Think You Can Teach?, 60s Video Challenge, Project ChemRunway, LMSci Comic Competition, STEMARVEL, dan Brainolympic Superstar. Terdapat juga ceramah daripada Jabatan Bomba danĀ  Penyelamat, pameran projek - projek inovasi di reruai yang disediakan oleh pelajar yang terlibat dan juga penglibatan pihak luar untuk menjayakan aktiviti gerai jualan Chemystery Fayre Jonker Street.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Chemystery Fayre telah diadakan pada 25 Ogos 2023 jam 8.15 malam bertempat di Dewan Mutiara. Turut hadir, barisan pengurusan tertinggi Kolej Matrikulasi Labuan, pensyarah dan pelajar - pelajar yang terlibat sepanjang program ini berlangsung. Berikut merupakan pemenang bagi setiap pertandingan;

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan juga pensyarah yang bertungkus - lumus menjayakan Chemystery Fayre 2023.