Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Bengkel Pementoran Dan Penulisan Laporan PLC Memacu Kejayaaan Dalam KonPPI-3 Kategori PLC Peringkat Kebangsaan

LABUAN, 15 OGOS 2023 ā€“ Jawatankuasa PLC, Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah mengadakan Bengkel Pementoran dan Penulisan Laporan PLC pada 23 Mac 2023 sehingga 2 Jun 2023. Hasil daripada bimbingan penyelaras, empat kertas pelaporan PLC telah lulus saringan pertama kolej untuk mewakili KML ke Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 (KonPPi-3). Dua daripada kertas PLC tersebut iaitu Kumpulan SYABAS dan kumpulan PHASOR telah terpilih untuk pembentangan bersemuka KonPPI-3 yang berlangsung pada 13-15 Ogos 2023 di Hotel Klana Resort, Seremban. Kejayaan 50% daripada jumlah kertas terpilih menunjukkan kualiti laporan PLC dalam bengkel yang telah dijalankan.

Kumpulan SYABAS diwakili oleh Puan Soon Yit Leng sebagai ketua kumpulan, Puan Wan Nurul Bahiyah Binti Wan Lanang, Puan Nur Izzati Asyikin Binti Hamzah, dan Puan Nur Sabrina Binti Mazlan. Manakala kumpulan PHASOR terdiri daripada En.Muhammad Nadzrin bin Mat Arifin selaku ketua kumpulan, Puan Nur Syamimi Nabira binti Binami, Puan Siti Farina binti Abdul Shukor, dan En. Mohd Idzat Ruzaini bin Ab Muib.Ā 

Pembentangan kumpulan SYABAS disampaikan oleh Puan Wan Nurul Bahiyah Binti Wan Lanang bertajuk "Improving Studentsā€™ 3C Skills Using Jigsaw Method". Manakala tajuk ā€œGambar Rajah FASOR: Integrasi Pembelajaran Berasaskan Simulasi dan Teknik Mnemonikā€ daripada kumpulan PHASOR dibentangkan oleh En.Muhammad Nadzrin bin Mat Arifin.

Perkongsian yang menarikĀ  daripada semua pembentang seluruh negara yang berlangsung selama tiga hari berakhir dengan kejayaan kumpulan PHASORĀ  membawa pulang hadiah saguhati dalam julung kali penyertaan mereka bagi kategori PLC. Jawatankuasa PLC, KML mengucapkan tahniah kepada kedua-dua kumpulan yang terpilih atas perkongsian informatif dan juga kumpulan Pn. Syirleen, En.Mohd Radzi, Puan Rafiah, Puan Filza, dan Puan Chong yang berjaya mewakili kolej dalam penyertaan peringkat kebangsaan ini. Semoga kejayaan ini memberi dorongan kepada lebih ramai pensyarah untuk melibatkan diri dalam aktiviti PLC unit, bengkel pendedahan PLC yang akan datang dan seterusnya menyertai KonPPI-4 pada tahun 2024. Tahniah kepada semua pensyarah yang terlibat dalam aktiviti PLC KonPPI 2023.