Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Mini Simposium Peer Assisted Learning (PAL) Tahun 2023 Kolej Matrikulasi Labuan

Pada 10 Februari 2023 bertempat di Dewan Kuliah 2 hingga Dewan Kuliah 6 Kolej Matrikulasi Labuan, satu Mini SimposiumĀ Peer Assisted LearningĀ (PAL) Peringkat KML bagi tahun 2023 telah diadakan. Program yang merupakan anjuran JawatankuasaĀ Peer Assisted LearningĀ (PAL) KML melibatkan 66 daripada 153 orang PALĀ Leaders.

Penganjuran Mini Simposium KML ini bertujuan memperkasa jaringan kerjasama antara PALĀ Leaders,Ā memberi peluang kepada semua PALĀ LeadersĀ untuk berkongsi idea dan cara dalam menyelesaikan permasalahan dalam subtopik tertentu, menjadi landasan bagi PALĀ LeadersĀ untuk mengetengahkan bakat dan idea di peringkat yang lebih tinggi serta memperlihatkan kaedah yang terbaik dalam pelaksanaan program PAL.

Semua PALĀ LeadersĀ yang terlibat sebagai peserta telah mewakili 2 aliran iaitu Aliran Sains dan Aliran Perakaunan. Bagi Aliran Sains, para peserta mewakili 5 subjek iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik Sains manakala bagi Aliran Perakaunan, para peserta mewakili 4 subjek iaitu Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Matematik Akaun.

Sebanyak 8 kumpulan peserta berjaya memenangi Anugerah Emas, 11 kumpulan memenangi Anugerah Perak manakala 7 kumpulan memenangi Anugerah Gangsa. Kumpulan yang berjaya memenangi Anugerah Emas ialah Mohamad Haikal bin Partono dan Nur Alya Athira binti Razli (Biologi), Bong Jing Ying dan Rebecca Loo Ying Shien (Fizik), Arwen Laung Ai Wen dan Batrisyia Ayuni binti Shuhaimi (Kimia), Muhammad Izzat Izhwan bin Mohd Yassin, Nur Aina Latifah binti Umar dan Nur Aleeya binti Usman (Sains Komputer), Chai Rui Han dan Fiona Heng Jia En (Matematik), Chin Zheng Hung dan Chin Jin Le (Ekonomi), Grace Nathania Gaisah dan Vanessa Shimai anak Insuil (Pengurusan Perniagaan) serta Azwar Danish bin Mohd Yazid @ Joilis dan Jennice Woliston John (Perakaunan).

Semua peserta telah mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pensyarah Pembimbing Akademik (PA) iaitu Encik Meor Syazlan Haiqal bin Mohamad Anuar (Biologi), Puan Nurul Safina binti Jumpil Alias Jamil (Fizik), Puan Nuratiyah binti Mohd Fauzin (Kimia), Tn. Syed Nasir bin Syed Ahmad (Sains Komputer), Puan Syarmallah Dina binti Saikim (Matematik Sains), Puan Norti binti Haji Panai (Ekonomi), Puan Florence Loo @ Fauziah binti Abdullah (Pengurusan Perniagaan), Puan Zarina binti Naharawi (Perakaunan) dan Puan Siti Syamsiah binti Ali (Matematik Akaun).

Penyelaras JK PAL Kolej Matrikulasi Labuan, Puan Norhasimah binti Awang Damit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Tertinggi KML, JK PAL serta PALĀ LeadersĀ Kolej Matrikulasi Labuan kerana memberi sokongan dan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mini Simposium Kolej Matrikulasi Labuan Tahun 2023.