Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Explorace Run With KML PAL Leaders

Sempena Program Citrawarna 2023 anjuran Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, AJK TertinggiĀ Peer Assisted LearningĀ (PAL)Ā LeadersĀ telah merancang dan melaksanakan aktivitiĀ Explorace Run with KML PAL Leaders.Ā Ā Aktiviti yang berlangsung pada 16 Februari 2023, pukul 4.15 petang dan berakhir pada 6 petang ini melibatkan 40 orang PALĀ LeadersĀ yang bertugas sebagai AJK pelaksana dan 100 orang PALĀ FollowersĀ sebagai peserta.

Penganjuran aktiviti ini bertujuan membina kerjasama sesama ahli kumpulan, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal ahli, membuktikan keazaman dan fokus peserta untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.Ā  Selain itu, melalui aktiviti ini peserta dapat merasai sesi pembelajaran yang menarik serta mempamerkan kreativiti dan pemikiran kritis yang ada pada setiap ahli kumpulan.

Semua AJK pelaksana dan peserta mewakili 4 Modul atau Jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Komputer dan Perakaunan. Setiap jurusan diwakili oleh 5 kumpulan dan setiap kumpulan pula terdiri daripada 5 orang peserta.

Terdapat 10 stesen telah ditempatkan di sekitar kawasan Kolej Matrikulasi Labuan termasuk Pusat Akademik, Surau Al-Irfan dan Astaka. 9 stesen berbentuk akademik melibatkan 9 subjek manakala 1 stesen pula melibatkan 3 jenis permainan yang mesti dilaksanakan sebelum peserta menamatkan pertandingan. Bagi stesen yang berbentuk akademik, para peserta perlu menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan oleh petugas. Selain itu, terdapat 7 orang AJK yang bertugas sebagai Gerila, akan cuba menghalang peserta daripada menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut. 3 kumpulan telah diisytiharkan sebagai pemenang bagi setiap jurusan. Ā 

Pada akhir aktiviti, Penyelaras JK PAL Kolej Matrikulasi Labuan, Puan Norhasimah binti Awang Damit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua AJK PALĀ LeadersĀ dan PALĀ FollowersĀ yang terlibat dalam penganjuran dan pelaksanaanĀ Explorace Run with KML PAL Leaders.