Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

PROGRAM LARIAN KAKOM 2022 SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI

27 Ogos 2022, Unit Kokurikulum  Kolej Matrikulasi Labuan telah berjaya menganjurkan Program Larian KAKOM 2022 sempena Karnival Kokurikulum Matrikulasi yang akan diadakan di Kolej Matrikulasi Melaka pada 2 Ogos - 4 Ogos 2022. Program ini secara umumnya adalah bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan semangat dan berdaya saing.

Program Larian KAKOM 2022 ini bermula seawal jam 6.30 pagi dan bersurai jam 9.00 pagi. Semua pelajar Matrikulasi Labuan terlibat dalam program ini. Sambutan dan komitmen pelajar sangat memuaskan. Program dimulakan dengan acara senamrobik sebagai pemanasan badan dan diikuti dengan larian atlet.

Selepas larian, upacara pembacaan ikrar oleh kontijen dan penyerahan bendera KAKOM berlangsung. Seterusnya Tuan Mohd Mahyuddin Bin Mohd Noordin, Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan merasmikan upacara KAKOM 2022. Tuan Pengarah berjaya meningkatkan motivasi para atlet dengan ucapan beliau yang penuh bersemangat.

Program Larian KAKOM 2022 di Kolej Matrikulasi Labuan telah berlangsung dengan penuh jayanya.

     
             
    Â