Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Unit Asrama

KATA ALUAN
INFO UNIT

Kolej Matrikulasi Labuan mempunyai 6 blok asrama dibahagikan kepada 3 kluster iaitu Kluster Karisma dan Madani untuk pelajar perempuan manakala Kluster Luhur untuk pelajar lelaki yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana seperti bilik bacaan, bilik rekreasi, dan surau bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.

Dasar utama penempatan pelajar di kolej ialah memberi keselesaan dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Dalam mencapai dasar tersebut, penghuni bagi setiap bilik dikumpulkan dari pelbagai kaum dan latarbelakang. Pihak kolej telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekreasi sosial dan kerohanian.

Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan yang selesa kepada pelajar, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan diperingkat kolej dan dikawalselia oleh pengurusan kolej kediaman yang terdiri daripada Pengetua Kolej Kediaman, HEP, Felo dan Penyelia Asrama.