Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Unit ICT

KATA ALUAN
INFOĀ UNIT

Unit ICT merupakan salah satu unit yang penting di dalam struktur organisasi Kolej Matrikulasi Labuan yang telah diwujudkan sejak mulanya kolej ini di bangunkan iaitu sejak tahun 2002

Unit ICT bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan dasar-dasar ICT. Disamping itu, Ia bertanggungjawab menguruskan kesemua peralatan ICT seperti makmal-makmal komputer, sistem-sistem komputer, sistem rangkaian komputer dan juga server. Pengurusan keseluruhan kemudahan ICT ini penting bagi melancarkan proses Pembelajaran dan Pengajaran pelajar-pelajar di kolej ini bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berinovasi.


1. Khidmat Pelanggan

Memberikan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang sebaik mungkin kepada warga dan pelanggan yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat.

2. Pengurusan Fasiliti dan Operasi.

  • Menyelenggara peralatan dan perisian Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan sistem rangkaian komputer (LAN dan WAN).
  • Menyelenggara rekod asset dan inventori peralatan ICT.
  • Melaksanakan 'backup' dan 'recovery' pangkalan data.
  • Mentadbira email kolej Matrikulasi Labuan.
  • Menjamin keselamatan ICT (Firewall).
  • Pengurusan pusat data (data centre server room).
  • Internet.
  • Mengurus dan menyelenggara makmal komputer.
  • Mengurus dan menyelenggara peralatan komputer pengguna-pengguna.

3. Perancangan dan Koordinasi

  • Merancang bajet dan keperluan ICT KML.
  • Merangka polisi keselamatan ICT.
  • Mempiawaikan dokumentasi data dan rekod,prosedur dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ICT.
  • Pengurusan projek dan maklumat

4. Pembangunan Aplikasi

  • Menyelenggara sistem maklumat berkomputer KML (MIS, Email System, HRMIS dan lain-lain).
  • Menyelenggara Laman Web.
  • Membangun dan menyelenggara sistem baru mengikut keperluan.
  • Mengintegrasikan aplikasi komputer yang bersangkutan dengan sistem maklumat pengurusan.

5. Pentadbiran dan Sokongan

  • Memanipulasi data mengikut kehendak pengguna.
  • Menguruskan sistem Email MyGovUC (@kml.matrik.edu.my).
  • Menguruskan akaun pengguna dalam sistem pengaksessan komputer.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan dan diselenggara oleh Unit Data & Maklumat. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti : -

  1. Kemudahan Wifi (internet tanpa wayar). Kemudahan ini terdapat di sekitar kawasan kolej seperti di bangunan pentadbiran, dewan kuliah, pusat sumber, Asrama dan Makmal sains.
  2. Kemudahan Makmal Komputer. Terdapat 7 makmal komputer dan 3 makmal bahasa yang menyediakan sebanyak 30 unit komputer bagi setiap satu makmal. Makmal tersebut terletak di aras 1 Pusat Sumber.
  3. Kemudahan komputer di Cyber Remaja yang terletak di dalam Perpustakaan. Kemudahan tersebut adalah bagi kegunaan pelajar.
  4. Kemudahan komputer di Serambi Pelajar bagi kemudahan pelajar seperti kemudahan pelajar untuk menggunakan sistem MIS bagi tujuan Outing.