Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Unit Perpustakaan

KATA ALUAN
INFO PERPUSTAKAAN


  1. Pinjaman
  • Peminjaman boleh dilakukan melalui pegawai yang bertugas di kaunter aras bawah.
  • Pengguna hendaklah menunjukkan kad matrik semasa urusan peminjaman dibuat di kaunter.
  • Tarikh pemulangan akan dicop di dalam buku.
  • Buku hendaklah dikembalikan sebelum atau pada tarikh (dan masa) yang dicop pada buku atau slip peminjaman.
  • Perpustakaan berhak memanggil buku yang dipinjam pada bila-bila masa atas keperluan tertentu. Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan segera sekiranya dipanggil oleh pihak Perpustakaan.
  1. Pembaharuan Pinjaman
  • Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui Kaunter Utama Perpustakaan.
  • Pengguna boleh memperbaharui pinjaman sekali sahaja.
  • Pembaharuan semula pinjaman tidak dibenarkan sekiranya buku tersebut telah ditempah oleh pengguna lain.
  1. Bilik Remaja Siber
  • Bilik Remaja Siber menyediakan perkhidmatan untuk mengakses internet dan intranet. Pengguna juga dibenarkan menaip di bilik ini.
  • Penggunaan dihadkan selama satu (1) jam sekali atas dasar ā€˜Siapa Datang Dahuluā€™ (SDD).
  • Penggunaan perisian persendirian tidak dibenarkan.
  • Penggunaan perkhidmatan adalah tertakluk kepada panduan dan peraturan yang dipaparkan di pintu masuk bilik remaja siber.
  1. Bilik Tayangan / Audio Visual
  • Tayangan filem hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
  • Tayangan ā€˜Video On Demandā€™
  • Bilik ini menampung seramai 60 orang pada setiap sesi dan sesuai digunakan sebagai bilik taklimat.
  1. Bilik Perbincangan
  • Terdapat 4 buah Bilik Perbincangan di Perpustakaan KML.
  • Setiap bilik disediakan papan putih, kerusi dan meja perbincangan.
  • Bilik perbincangan boleh menampung 8 orang pada setiap sesi.
  • Penggunaan Bilik Perbincangan dilakukan dengan membuat tempahan terlebih dahulu.
  1. Ruang Penyelidikan & Pembangunan
  • Perkhidmatan ini disediakan di dalam Kaunter Bintik Merah (Red Spot).
  • Selain digunakan sebagai ruang penyelidikan, bilik ini juga boleh digunakan oleh pensyarah ketika membuat rujukan dan nota-nota syarahan.
  • Sebuah computer dan sebuah meja mesyuarat dengan 6 tempat duduk disediakan di ruang ini.
  1. Ruang Bacaan Terbuka
  • Ruang Bacaan Terbuka dilengkapi dengan kerusi, meja dan meja karel. Ruang bacaan di tingkat bawah dan atas boleh menampung sehingga 770 orang pada satu-satu masa.
  • Terdapat empat buah kerusi pada setiap meja dan pengguna dilarang memindahkan kerusi.
  1. Ruang Pameran
  • Ruang pameran ini turut mempamerkan maklumat-maklumat semasa melalui papan pameran yang terdapat di Perpustakaan.
  1. Ruang Santai
  • Pengguna perpustakaan boleh berehat di kawasan ini kerana ruang ini menyediakan sofa dan meja kecil.
  • Peralatan permainan seperti sahibba, scrabble, congkak dan catur boleh digunakan di ruang ini.