Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Program Temu Duga Bagi Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN, 18 MAC 2024 - Pihak kolej telah melaksanakanĀ  Program Temu Duga Bagi Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024 bagi calon-calon daripada Kolej Matrikulasi Labuan yang berlangsung selama 3 hari iaitu daripada 18 hingga 20 Mac 2024. Seramai 78 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan telah terlibat dengan temu duga ini yang mana pelajar-pelajar ini telahpun menjalani ujian UKC dan UKF.

Para panel penemuduga terdiri daripada pensyarah yang berpengalaman yang dilantik daripada Kolej Matrikulasi Labuan dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia. Temuduga dijalankan secara berkumpulan iaitu seramai 4 hingga 5 calon pada satu sesi. Sesi temuduga berjalan dengan lancar.

Majlis penutupan sesi telah dijalankan pada 20 Mac 2024 yang turut dihadiri oleh Pengarah KML beserta urusetia yang terlibat sepanjang temuduga berlangsung. Para panel menyifatkan calon-calon daripada Kolej Matrikulasi Labuan sebagai calon yang baik dan cukup bersedia semasa ditemuduga.