Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Program WORLD #QuranHour Kolej Matrikulasi Labuan

Unit Perpustakaan dengan kerjasama AJK Surau Al-Irfan telah menganjurkan program WORLD #QuranHour 2024 pada 22 Mac 2024 bersamaan dengan 11 Ramadan 1445h bertempat di Surau Al-Irfaan Kolej Matrikulasi Labuan. Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga Kolej Matrikulasi Labuan yang beragama Islam. Pelaksanaan program mengambil masa selama satu jam.

Objektif program adalah untuk menyokong program yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan untuk menggalakkan warga Kolej Matrikulasi Labuan yang beragama Islam untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran terutamanya semasa bulan Ramadan. Selain itu, pelaksanaan program ini merupakan sebagai aktiviti kolej yang akan diadakan setahun sekali.

Seramai 70 orang peserta yang hadir ke program ini yang terdiri daripada pensyarah dan beberapa pelajar yang beragama Islam. Encik Ridzuan memulakan sesi dengan memperkenalkan Ustaz Shahirul selaku Qari dan Ustaz Syahmun sebagai penterjemah ayat. Ustaz Shahirul membaca Surah Al-Jumuā€™ah, Surah ke-62 (11 ayat) disertai dengan para hadirin. Sesi diakhiri dengan Ustaz Syahmun mentadabbur Surah Al-Jumuā€™ah.

Sebagai info tambahan, WORLD #QuranHour yang dianjurkan oleh Masjid Negara Kuala Lumpur akan diadakan pada 4 April 2024 bersamaan dengan 24 Ramadan 1445H. Program tersebut akan dijalankan secara serentak seluruh negara pada jam 12.00 tengah hari sehingga 1.00 petang bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.