Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Matriculation Jamboree Program Matrikulasi 2024

Matriculation Jamboree Program Matrikulasi telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Matrikulasi Pahang pada 22 Februari hingga 25 Februari 2024 yang lepas. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM dan dikelolakan oleh Kolej Matrikulasi Pahang. Program ini bermula pada tahun 2015 dan sebelum ini dikenali sebagai Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Sejajar dengan perubahan pengisian program yang lebih dinamik, maka program ini telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Matriculation Jamboree.

Matriculation Jamboree kali in disertai oleh 14 kontinjen, seramai 296 orang peserta dan 28 orang pegawai. Program perkhemahan ini adalah program pertama yang kalinya tidak melibatkan pertandingan antara kolej. Sepanjang empat hari program berlangsung, peserta-peserta menerima pendedahan melalui enam aktiviti yang telah dijalankan iaitu Survival, Ikatan dan simpulan, asas menyelamat, terrarium, orienteering dan kawad kaki. Selari dengan tema perkhemahan mesra alam, peserta-peserta juga mempelajari cara-cara menghasilkan baja kompos melalui program ā€œBokashi Hometank DIYā€.

Majlis Penutupan Matriculation Jamboree Program Matrikulasi 2024 telah dirasmikan oleh Ā YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan dihadiri oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi dan Pengarah-Pengarah Kolej Matrikulasi seluruh negara.