Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Perkongsian Hala Tuju Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan bersama Swinburne University of Technology dan Yayasan Sarawak

Sesi Perkongsian Hala Tuju Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan bersama Swinburne University of Technology dan Yayasan Sarawak telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan Ā pada 23 Februari 2024 yang lepas. Program ini merupakan anjuran bersama JK Publisiti & Korporat, JK Jalinan & Jaringan Alumni KML dan JK STEMatic bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar KML khususnya pelajar dari Sarawak untuk mendapatkan pembelajaran berkualiti tinggi.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah KML, En. Hasnul Hadi bin Sariman dan dihadiri oleh tiga orang penceramah yang terdiri daripada En Mohd Safaree bin Sapuan, wakil daripada Swinburne University of Technology, Cik Kenix Chin, wakil daripada E&M Education Consultant dan En Randy Alexon Rozaiman, wakil daripada Yayasan Sarawak.

Program yang telah berlangsung selama dua jam setengah ini dihadiri oleh seramai lebih kurang 450 pelajar diharap dapat memberi manfaat dan membuka peluang kepada pelajar KML untuk terus berjaya di masa hadapan.