Klik Untuk Maklumat Lanjut
Pengumuman Terkini

Berita & Kejayaan

Kursus Kepemimpinan Peer Assisted Learning (PAL) Kebangsaan Tahun 2022

Pada 2-3 November 2022, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) telah menganjurkan Kursus Kepemimpinan Peer Assisted Learning (PAL) Peringkat Kebangsaan. Kursus ini melibatkan semua kolej matrikulasi di seluruh Malaysia dan telah dilaksanakan secara atas talian.

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada PAL Leader tentang konsep, matlamat dan pelaksanaan Program PAL serta menjelaskan tentang peranan, sumbangan dan tindak susul yang boleh mereka ambil dalam menjayakan program ini.

Kolej Matrikulasi Labuan telah menghantar seramai 25 orang peserta yang merupakan AJK Tertinggi PAL leaders dan 2 orang pegawai iaitu Puan Norhasimah binti Awang Damit, Penyelaras PAL Kolej Matrikulasi Labuan dan Puan Nurul Safina binti Jumpil, Pembimbing Akademik PAL Kolej Matrikulasi Labuan.

Pada hari pertama, peserta terlibat dalam slot Ice breaking yang telah dilaksanakan secara bersemuka di kolej masing-masing. Slot ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada dalam kalangan peserta kursus. Selain itu, terdapat juga slot Pengenalan Kepada PAL dan Smart PAL Leaders.

Pada hari kedua, peserta terlibat dalam slot Smart Group Study dan Kemahiran Mengendali Kumpulan PAL. Melalui beberapa slot di dalam kursus ini, para peserta dikehendaki membuat perbincangan dalam kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Salah satu daripada tugasan tersebuat ialah para peserta dikehendaki menghasilkan video pendek sebagai satu kesimpulan daripada kursus yang telah dijalankan selama 2 hari. Video tersebut perlu dimuatnaik ke dalam aplikasi TikTok. Salah satu kumpulan dari Kolej Matrikulasi Labuan telah menjadi Johan dalam aktiviti tersebut.

Secara keseluruhan, kursus yang berlangsung selama 2 hari ini telah mencapai objektif pelaksanaannya.

Â